Dates 2 remember...

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers

Monday, November 30, 2009

update cuti raya haji...

sorry gambar tak dapat disertakan sekali sbb malas nak transfer bagai...
just nak share on what we did raya haji baru nie...
  • {khamis} en suami nyer ofis macam dah pekan koboi so, dia demand me tok cuti halfday gak. bosan katanyer. ok la...since dah dua2 kat umah. en suami plan nak g beli barang tok ammar. so, i dgn sepantas kilat mintak belikan ammar laptop. hee hee, kita orang beli yg rm 30 jer sbb tau akan hancus cepat, jadi tak la rasa terkilan sangat. kul 3 mcm tue ker area tesco ampang.
  • masuk tesco ampang beli buku tok ammar, hadiah tok anak farah (since anak dia twins tak dapat nak decide kaler baju patut sama or lain. last2 beli sama kaler. macam rugi plak. tau amik 2 kaler. ley diorg share2 kan?)
  • {jumaat/raya haji} beraya kat umah mak long sbb uwan ada sana. jadi gather sana tok meriahkan raya. statement en suamiyg tak best. "raya kat kl tak dgr pon bunyi mercun, jalan sunyi jer" kerghhh...mcm tue la kat kl kan? kan? raya aidilfitri baru meriah...
  • then kita orang ker jusco beli backpack tok ammar. sempena nak ker gold coast. haha. senang, malas nak pinjam2 orang punyer. plus bole pakai ke mana jer. ala, beg yg ramai orang pakai tue. hard case, i took kaler putih. comel gak. then ammar jatuh masa lari2 kat jj. lebam dahi sebelah kiri. nangis bagai nak rak. hahaha...
  • {sabtu} ikot kan plan nak g umah farah tok jumpa the new parents n bagi hadiah diorg. tapi tak jadi sebab farah tak der kat umah. then kita orang ker burger kings kat highway menghala gombak. serius tak tau area kl mana yg ofcos dekat ngan umah nyer burger king. so, situ jer tau. lenjan aja. tapi yg tak best tak tau nak g sana. so i dgn hodoh nyer pakai track bottom + t-shirt umah + tudung agak besar = serupa bibik tau. tension sangat. sume orang pandang. terasa sangat malu oooo...benci! en suami kata takper "ammar siap pakai seluar terbalik takper jer" ala, dia budak kecik...no problem looo...dalam hati, dok doa jgn la jumpa sesapa yg kenal. malu!
  • then g giant kt taman permata. beli dvd. beli film.
  • {ahad} pagi2 nak jumpa farah, tapi dia lak bz nak g beli groceries. so, cancel n tukar plan g tgh hari. last2 kita orang ngada2 pegi zoo. haha ammar blu2 jer tgk gajah, giraffe sume. halfway kat dalam zoo ammar tido. dengan kitaorang penat, kitaorang pon balik.
  • petang tue baru g umah farah. kira nyer setel la agenda kitaorang dalam 4 hari tue.
  • i pon dapat kemas beg. cuma baju en suami jer blom. diharap malam nie dapat.

p/s : ok gak tak dapat balik kelantan, sebab banyak nak kena setel. huhuuu...kpd keluarga en suami di kelantan jgn la sedih. cuma baru 2 raya haji jer kt kl. lain raya sume sana yg konker. aci la kan? :)

Wednesday, November 25, 2009

kalah 1-0

perjuangan belom tamat lagi tok stop kan ammar dari bf.
semalam, ammar nangis iyer2 sebab dia tak dapat nenen.
at first dia macam faham bila kata kat dia nenen ummi sakit, tak bole nenen kay.
jadi sebab tak dapat nenen, ammar kerap minum susu sbb nak ilang kan haus kot.
so, last2 bila dia tak dapat sangat tido lepas berbotol2 susu...dia start ilang sabar n demand nak netek. kecian gak kat ammar sbb dia nangis mmg teresak2 n en suami macam dah ilang sabar gak sbb tak dapat stopkan ammar nangis2. last2 ammar klu merajuk dia mesti nak turun bawah cari comfort kat nyima dia. jadi terpaksa bawak ammar kat nyima n iyer2 dia nangis sambil berdodoi. lama gak nak tunggu dia stop.
.
last2 en suami panggil. ammar pon macam takot n trus balik masuk bilik. masuk jer, ammar trus landing atas perut nurin, peluk2 nurin...sign yang dia tak ready lagi tok lepas kan nenen rasanya. so tapi last2 dia mengalah n tido gak tapi siap berpeluk ngan nurin. sampai dia tido atas lengan nurin. penat la jap, tapi kn maintain gak sbb klu tarik cepat sangat tangan tue takot dia tersedar n nangis2 lagi.
.
dekat 1 lebih ammar macam mamai2 mintak nenen. since dari pagi sampai petang tak bagi dia nenen. so luka tue macam dah recover sket n my boobs pon keras sebab ammar tak netek satu hari. jadi pk balik, klu ammar tak netek jadi susu nie kn la pump kuarkan. so, sebab kecian kan ammar n takmo dia nangis lagi jadi nurin bagi gak. tapi rasa2 dia dah nak stop, trus kuarkan n*pple tue. syukur dia tak gigit. dia pon pasrah wlupon blom btul2 blom puas nyusu. jadi malam semalam, ammar dapat gak 2x netek. cian kan, nurin rasa kn stop berperingkat la tak la dia tekanan perasaan sangat. lagi teruk dia merajuk habis ngan nurin. huhuuuu sedih ;((

Tuesday, November 24, 2009

my confession...finale

beberapa minggu or bulan lepas ada post satu cerita pasal habit ammar menggigit n*pple me kan. mula-mula dah start stop n boleh kawal attitude n tau nak agak timing gigit tue. baru2 nie dia gigit sampai seminggu pon tak heal2 lagi luka tue. dah macam2 ubat tepek kat situ. dari air susu, minyak gamat n last cream tok crack n*pple. mmg almost baik dah time tue.
.
tapi semalam ammar mmg btul2 bertindak ganas sebab dia gigit, takmo bagi lepas n siap tarik lagi macam nak bawak lari, walaupon dah jerit. memang sangat...sangat sakit sebab dekat 4-5 kali dia gigit tempat yang lama luka tak heal tue lagi. sampai berdarah tau (walaupon bukan la sebaldi berdarah tapi kira dah teruk kay). warning pon dia tak makan, tutup hidung dia, dia ketawa2. adoooyaaaiii macam mana lagi nak buat.
.
pagi tadi masa nak mandi tgk la luka tue. dah ada nanah okay...nie mesti sebab luka tue dah makin besar n air liur ammar kan. hmmm, mmg perit tau rasa dia. lepas siap mandi tepek cream n msg en suami. "i dah memberi kata putus untuk stop kan bf ammar". tau, mmg sedih tgk dia merengek2 nak nenen tapi tak tahan lagi plus klu dah sampai ada infection kat n*pple tue kan dah tak elok tok bagi ammar nenen. nanti dia lak dapat germs or bacteria kan? hmmm...terpaksa. tue jer bole kata sekarang. faham, mmg ammar ngah gatal gusi. tapi klu nak layan teething dia sampai bila. bayang2 gigi baru mmg tak nampak lagi. yer, ada yang kata bila gigi dah start penuh dia takkan gigit lagi. tapi, nak tunggu gigi penuh mungkin lama lagi. hmmm sebab tue nekad mmg nak stop kan.
.
tadi dah pesan kat mama beli benda pahit bagi ammar stop. kita tgk jer la nanti apa hasil nya. ikot tadi macam tak nak pegi keje sebab perot sakit. tapi klu duduk rumah mesti ammar nak menenen jer. jadi baik bagi time off kat nenen nie. kecian kat dia, luka dan sakit. bagi dia ruang tok heal sebelum petang datang lagi karang. sebab pastinya ammar akan gigit lagi nanti. huhuuu...ouchhh!

Monday, November 23, 2009

vocabulammar

additional of what ammar can say till today...
lalat. atok. ball. nenek. bubble. ya (malaysia). ka (merdeka). un (1). empat. ten. car. bus. kakak. abang. adam. banana. mammm.

sentence...
ammar nak nenen. ammar nak ebrelflgka***Pkk (maksud nyer nak turun bawah) haha... then, ammar nak emma (nak mama nie).

sing...{semua tune btul tapi baby talk version}
aatteeeteee (sbnrnya...i luv u, u love me :barney)
yayayaaa (nyanyi lagu malaysia, malaysia)
& lots more...sepatutnya record kan...apa laaa...


note for me : sabtu, me n ammar jer kat umah berdua coz nyima balik langkawi. tee g cherating n en suami g keje. i dapat gak masak nasi kat ammar, basuh baju, kemas umah sket n cuci pinggan n sterillize sume botol susu ammar. for me, nie ok tau. coz ammar mmg sangat aktif. suke ke hulu ke hilir, tapi once dia dapat tido, makan & minum susu bila perlu mmg senang nak handle. n plus cerita fevret on tv mickey clubhouse really save my as* hehe... dia bole dok diam n sing along. n akan bontot me where ever i go in the house n tiru. hehee sbb umi sangat tak gemar lalat. n suke nak bunuh lalat. ammar sampai pandai cakap buuukkk lalat sbb ummi dok sibuk nak pukul lalat. bagi ammar aktiviti sket. mmg helpful gak. n tak bole lupe ammar siap tolong me masa angkat ampaian dia bawak masuk. dia siap tolong angkat lagi. mmg sangat sayang ammar. i can imagine nanti one day bila kitaorang dah ada umah sendiri ammar will always be wif me, teman & tolong here n there...my helpful son ;))

bila sudah panjang akal...

ini budak ammar sangat la banyak idea. bila dah masuk 1 tahun 3 bulan ammar lebih cenderung tok xplore medium yang bole dipanjat. tak kisah la pape pon dia rasa nak jadi "kong". nasib baik takder tower kat umah nie...klu tak mesti dia sampai atas dulu hehee macam king kong.
.
semalam masa abah dia ngah mandi tok solat maghrib, ammar dok bertemankan ummi. macam2 cara nak pancing ammar nie soh duk diam2 tapi tak berhasil. jadi, mula2 pandang dia...dia ngah main ngan bakul baju dia. baru jer 2minit pandang tempat lain, tau2 bila pandang balik dia ngah halfway panjat bakul tue. zuppp berdesup pergi tampong blakang dia. ya allah, boleh sakit jantung sebab terkejut. eeee takot btul kalau dia tergolek ke belakang. mesti terhantuk kepala nanti...trus warning ammar. tapi sebab dia ngah syiok nak mengxplore jadi teman kan la dia jap melayan kan mengidam nak memanjat. pastu tue yang sempat tangkap gambar dia. tapi bila kita nie sebok2 nak tangkap gambar dia takmo plak dok atas bakul tue dah. hmmm, dasar nak hilangkan bukti btol ;p
pape pon mmg sapa2 rasa nak kurus bole datang sini layan ammar nak mengxplore rumah. semua ceruk dia pegi. siap merata2 dia pandang nak cari per lagi yang dia bole main n korek.
.
satu lagi yang tak dapat dibendung ngan ammar nie ialah dia sangat garang n ganas gak. jangan la korang nak nakal2. klu tak memang dia belasah jer nanti. nie la sebab nyima dah bagi authority kat dia sebagai cikgu disiplin kat umah tue. kira merangkap penolong kanan nyima selaku guru besar. nyima bagi dia lastik adam (tapi sebenarnya bukan dia pandai lastik pon...dia just tepek getah tue je...tapi sebab adam mmg takot kn lastik, menjerit2 dia). n satu lagi pantang dapat hanger or bendera malaysia...mesti dia katok orang nyer. yang tak best sambil dia pukul dia kata gak adoooiii...tapi keep on pukul orang. penat nak ajar dia jangan belasah orang tapi tak lut lagi dalam sistem dia. kn slow2 ajar gak nie, klu tak takot nanti dah besar jadi kaki gaduh la huhuuu...naya nanti...hmmm~

Friday, November 20, 2009

cart merah idaman

mengidam "benda" ini untuk ammar.
i noticed yang ammar nie suker main benda2 berunsurkan kotak supaya dia bole pakai atas kepala, cuba duduk n muat kan bontot dalam kotak tue or even bawak/usung benda dalam tempat yang berunsur kotak itew. contohnya tempat yang ammar duduk lepak nie. sebenarnya menda nie ialah sebahagian daripada almari tempat letak buku n mainan dia. habih dia dah kluarkan n jadi tempat dia nak nesting plak. lepas tue kitaorang pon layan la dia n tarik dia ke hulu ke hilir pakai box kain nie. tapi mmg tak sesuai langsung coz 1. ammar makin bambam (nampak jer kenit tapi terasa gak bila angkat dia) n 2. rendah, jadi bole sakit pinggang nak tarik or tolak...

sebab tue la macam tringin nak belikan ammar cart tok dia usung barang mainan dia n sekaligus jadi tempat storage mainan dia. plus kita orang pon bole tarik dia ke hulu ke hilir. tapi macam sedar kat oversea jer bebudak dia ada benda2 nie. klu korang perasan dalam cerita walt disney mesti bebudak tue ada tarik cart warna merah n bawak mainan diorg or diorg guna tok project diorg. kat sini ada tak jual cart tue? tak kisah la kaler biru or merah...asal ada. tapi jangan la rege nyer melambong. klu terlampau pricey gamak nyer kn buat sendiri la ummi. hehee

nie abah la tukang tarik nyer... ;P
chewah, posing manja kat dalam box kain aka cart dia ;)

Baby nursery :: Lemon Twist Room

i love this nursery idea. walaupon kuning diapply sebagai kaler tok wall, tapi still nampak kemaskulinan bilik ni. sesuai tok seorang budak lelaki. tak la asyik blue for boys n pink for girl kan. stereotype gitu hehee ;)

Thursday, November 19, 2009

:: what's ur idea of a kitchen? ::

nothing much to do...serious sebab banyak keje yang dah beres and no more work for me to design. so, apa lagi apartment therapy la jawab nyer. okay, mungkin korang akan muntah berdarah tapi just wanna share some ideas dari kitchens orang lain. mayb bole bagi kita idea bila ada rumah sendiri nanti.
.
and i also terjumpa blog nie armelle yang for me, sangat terer dalam photography, carfting & deko. so some photos nie datang nyer dari blog dia la...enjoy! p/s : tgk nursery anak dia...sangat comel n cheerfully colourful.

Tuesday, November 17, 2009

:: happy 2nd anniversary to us! ::

yeayyy...alhamdullillah.
today, officially marriage kami dah berjaya masuk ke tahun-2.
memang banyak dugaan & rintangan, suka & duka, kerenah kereneh kami lalui bersama.
walaupon segala pahit yang dilalui mmg menyengal kan otak, tapi syukur kami still together & in need each other...ditambah ngan ammar mmg savior segala hal.
so, nothing much to say...just nak coretkan hari kemenangan kami tok kenangan di hari tua nanti.
.
:: goals & kata harapan sempena menuju lembaran tahun baru gerbang perkahwinan ::
>to me...i hope i can be a better wife & ummi to both of u. semoga segala yang kita impikan tok berjaya dalam marriage kita mencapai kejayaan. & semoga kita akan lebih understanding, tolerate & happy selalu...last but not least, semoga kita 3 beranak akan sentiasa strong dalam menghadapi segala rintangan bersama. aminnn~
>to sayang...i love u & hope we can stay together till death do us part. insyaallah. so i harap u akan sukses dalam career u n be what u want to be as long as u still be urself & tak luper diri :)) semoga u panjang umur n sentiasa dimurahkan rezeki & dibawah perlindungan Allah sentiasa.
>to ammar sayang...di harap ummi & abah akan selalu guide ammar dalam hidup ammar agar ammar jadi anak yg soleh, baik, respect kami sebagai parents & sayang kami selalu. semoga segala doa kami akan sentiasa mengiringi hidup ammar sampai bila2, & ammar sihat selalu...insyaallah.

Monday, November 16, 2009

love bite by raisha


last saturday, mama planned nak pegi rumah her niece, J. so, mama ajak tee to drove her to their house in PJ sek 16. so, plannyer mama n tee jer g. tapi sebab en suami mmg sangat bz ngan keje. workaholic habis (i siap ejek dia nak jadi staff of the month lagi hehe). so since i tau dia akan balik lambat n for sure i'll have trouble tok jaga ammar sorang2 (bukan malas nak jaga ammar, tapi bila ber-2 nanti dia nak berkepit jer. nak buat keje apa pon tak boleh. nanti nak masak pon tak lepas). jadi cal2 en suami, tanyer pukul berapa dia nak balik rumah. dia kata dalam 1 jam tapi hakikatnyer satu jam tue macam 5 jam lagi. dia orang berdua dah hampir siap. pastu cal lagi en suami, kali nie mintak permission tok ikot mama, akhirnya ikot la kita orang 2 branak.
.
sampai2 ok. pastu, masa kat situ diorg asyik sebut nama raisha...dia kata raisha suke baby. mesti happy nampak ammar. okey, so tunggu la raisha or lebih tepat lagi my cucu tau. kira mommy dia ialah my niece. n mum kpd mummy dia ialah my cousin, kak j. so story cut short. ammar last2 jumper gak raisha. masa mula2 jumper dua 2 berpelukan & berciuman. n tetiba i sedar ammar nyer kepala dah start ke belakang2 macam mengelak sumting. rupa2nyer pipi dia ngah kena baham ngan raisha. hahaa ammar gebu sangat kot hehee tue yg raisha geram. per lagi. reaction ammar lepas i dah set him free from raisha...jerit n nangis sekuat hati. sampai bertukar tangan i ke tee n tee ke mama mintak didukung. hehee klakar k kesian gak tgk ammar. merah n berbekas pipi ammar.
.
so, lepas tue ammar mmg trauma. bila raisha datang dekat ammar automatik akan go few steps backwards n ngelak dia. hehee klu btul2 raisha datang dekat mcm face to face. ammar bantai nangis trus. kira mintak diselamatkan. hehee...sedangkan raisha is a girl n 1 month older than ammar. tapi lagi tinggi sket la. so ammar mesti rasa kecik ngan dia kan...tapi disebabkan dah sapu minyak kursyani...mmg ptg jer trus ok dah. next day dah back to normal pipi ammar. so tee kata kat ammar...karma ammar...(i pon sambung, tue la gigit lagi nenen ummi...haaa kan kena gigit dah. baru tau sakit kan?) hehe..

dek kerana demam...

last khamis, 12th Nov 09. mama mintak mc dari kita orang. sebab nya mama was down with fever. jadik, ein yg baru kerja kat tempat baru terpaksa suh en suami dia cuti for that day. n me, en suami memberi izin tok bercuti, bagi mama rest. jadi, the whole day mmg mama tdo dalam comforter tee jer (naper mama prefer tido kat bilik tee pon i wonder). sooo, kita orang ber-3 agak mati kutu la sebab takder idea nak bfast n lunch (mostly kan mama prepare :)) sooo, dat day i lah masak n cuci baju n ada kemas umah sket2. kecian kat mama.
.
tapi disebabkan cuti n mmg hati tue ada hajat nak belikan ammar sluar tido n long sleeve t-shirt (preparation ker teluk emas). jadi, ajak la tee n ma ikot. tapi mama yang slalunyer akan ikot, tolak for the 1st time sbb dia mmg btul2 tak larat. jadi tee la menemani kami ker wangsa walk mall.
.
mmg tak tunggu lama, me + tee + ammar serbu F.O.S kids & teens wangsa walk mall. spacious n tak ramai orang (infact macam kita org ber-3 plus workers kat sana jer time tue...best!) rambang mata dibuat nyer. last2, dapat gak 2 long sleeve t tok ammar, 2 sluar tido yg sangat comel (i wish i cud grab all designs +_+') boohoooohooo. pastu almost luper, 2 baju tido...n socks sbb before this ada beli kat sox world tapi sebab dalam pek 3 tue satu pair mesti ada kaler pink. harus la dibanned oleh en suami kan. so, nak tak nak kn gak grab 1 pek lagi. hmmm, mmg sangat puas hati shopping kat sana. tapi mmg nak sangat tambah koleksi sluar tido tok ammar. cute sbb nampak macam anak mat salleh nyer style. hehee...nak beli kat online 1 pair rm33. rasa tak larat jer. jadi nie 2 for rm 16. okay sangat tau.
.
tapi kecian kat tee sbb kn melayan ammar yang nak berlari sana sini...sib baik la ada kipas lantai yang kuat kat situ. ammar terdistracted sbb sibuk dok berdiri depan kipas. dia naik syiok sebab sejuk n rambut jadi gerbang. hehee then kitaorang jalan2 tgk per kedai lagi ada. bila dah penat, ammar lak dah start lapar. kitaorang pon g beli vanilla milkshake kt secret recipe n 4 muffins kat apa tah nama kedai tue. ok2 jer la muffins dia, cuma comel la dari segi luaran. n 1 thing yang tak ley luper, ammar try la kerusi goyang2 yang tok orang xcercise tue. haha dia punyer la suke, letak muka la...perut la...bagi sume goyang2. hahaa
sluar tido i heart so much...satu lagi tk dapat nak tunjuk coz ammar pakai. i mmg plan nak grab lagi.
baju tido...ammr tak suke yg ada socks skli tue tapi sbb comel ummi blasah beli gak hehe
t-shirts yg striking. budak kecik kena pakai kaler yg vibrant baru naik seri muka kan...hehehe

Saturday, November 14, 2009

ping...pong...diminta pn nurin ke uitm...

at last, the time has come. bole i panggil it my gloriest time? boleh. hehee berapa hari tunggu tok log in kat web ipsis. sampai tak lena tido n tak senang duduk kat kerusi office tue. last2 semalam, i got a msg from ipsis. announcement people...i got it! syukur sangat. sooo, dengan rasa bersyukur dan xcited tak larat. this monday i'll tender my resignation for sure. mmg tunggu betul saat2 nie. takyah la tunggu on the 15th.
.
tue jer nak share at the moment. lepas nie...i nak tenang2 kan otak sebab pagi tadi dah tgk subjek yang bakal stadi dis new semester. ok, pening. hahaha...
.
.
.
to me, welcome back school!
can't wait to register.
this time i nak btul2 stadi...
i mean, for real. takmo main2 dah.
hehehee i want to be a gud student & bakal lecturer yang berkaliber n knowledgable. bukan setakat lecturer pada nama sahaja...but really a qualified lecturer.
.
.
(^_^) senyum sepanjang hari...

Friday, November 13, 2009

my undivided love...

goes to...
1. ummi & abah.
2. nyima & yayi pa.
3. teto, lucy, mimi, acu...
4. ofcoz heavenly ice-creammm & vanilla milkshake.
......
nampak tak dari renungan mata ammar tue?
heheee...budak ammar nie pantang nampak ice-cream...
nie nampak ummi makan curi2 jadi dia pon nak join sekaki.
heheee...habis comot trus.
.
.
semalam i tak keje (bukan sebab i malas yer), my mom mc hehee mintak off satu hari sebab demam. jadi en suami pon kuar kan memorandum. u dibenarkan bercuti hari nie. jaga ammar.
g wangsa walk mall (nanti i updte citer kat wangsa walk mall).
beli vanilla milkshake for me, last2 ammar jugak songklap...
pastu beli muffins pon ammar gak nak sebat.
{bole kira la kiranya mana sumer lemak yg sepatutnya i dapat g mana kan? kan?} hehee

menikmati sekeping wafer yang dicalit ice-cream coklat. bukan jer ammar yg comot, ngan towel n nyima join comot sekali.
hmmm, puas makan sekeping. sedap hingga menjilat siku~
dah makin takder ice-cream dia ammar pon bagi balik la balance yang dia takmo makan dah. ammar bila minum air pon macam ni gak, tinggal setitik baru dia bagi balik cawan tue hehee.. abah dia selalu kena macam nie kalu breakfast pagi2 before g keje. ummi lak selalu habis kan nasi ammar yang tinggal 2-3 sudu. nyima lak dia paksa isap botol susu dia yang susu tinggal sesedut jer lagi. hahaaaa patut la tiga2 kuruih keding. ammar curi sume lemak2 tue hahaa.
.
.
p/s : tapi ammar pon berat tak naik2 gak. jadi mana pegi lemak yg ammar curi dari kita orang? harus laaa kat pampers dia hehe...pooo pooo yang smelly jelly hahha.



Wednesday, November 11, 2009

lena dibuai mimpi...

dah dekat 1 bulan tee & teto balik AU2...yer ker 1 bulan? okay tak kisah la. sejak tue la ammar dok bergomol ngan teto. tapi walaupon macam mana kena gomol pon teto, dia tak pulak nak mencakar ammar nie. bukan stakat kena gomol jer, kena tepuk, kena ride macam kuda n ammar siap nak kongsi keropok n biskot ngan teto lagi.
.
tapi, teto dah makin besar n gatal. suara pon dah start garau. wooow wooouuu bunyik dia. sooo, nurin pon start la meniru teto mengiau n slalu tanya ammar macam mana bunyi teto. so, last week ammar dapat gak tangkap macam mana nurin ajar, mayb sebab dia pon slalu dengar teto dok mengiau kot. anyway...alkisah...
.
semalam...tengah2 malam buta teto dok mengiau. bunyik macam dia kat dalam bilik kita orang jer. nurin sampai terjaga n dok usha satu bilik...mana la tau dia ada dalam bilik ker kan. apa tak nyer tgh2 malam, sunyi. mesti la satu rumah bole dengar. test power kot teto tue. tapi tue bukan masalah nyer, ammar ngah lena tido bole lak dia tiru bunyi teto. "...nyiiaaaawwww..." hehee terkejut nurin. ingat kan dia bangun terkejut, rupe2nyer ammar ngigau. heheee. comel btul! tapi mmg ammar kadang2 ada gak ngigau tapi panggil abah, ma & ketawa. tapi mengiau tue yang tak larat. hmmm, seronok sangat dapat tiru bunyi teto sampai ke mimpi pon layan.

gambar curi dari tee...ammar menggomol teto.
teto dibuai mimpi...

p/s : teto yang dah besar...ada hati nak ngorat lucy, hehe patut la putih nak carik gaduh jer ngan teto. agenda kucing jantan la ni... ;))

the idea of story telling...

purpose dia tak lain tak bukan nak anak kita tertido. (yer la, sbb klu baca buku jer mesti rasa ngantok kan...lagi baca buku history, haram tak faham ;))
for girls mungkin boleh la kan, sebab girls nie full of imagination.
jadi mesti diorng paling layan cerita2 fairy tale n princess kan...
.
for boys lak, based on ammar. dia masa baby2 dulu suker dgr tapi my sis, tee kata my way of story telling agak kelakar. haha tapi i need to attract him kan...
tapi skang dia lebih gemar nak baca newspaper ngan abah dia n ofcoz layan pa & ma n mami ngan ummi lak. so apa jadi kat buku cerita yang i belikan dia semalam.
.
nie sebab abah dia balik lambat sangat semalam. jadi no choice, ummi kena gunakan segala idea yang ada tok distract ammar dari panjat lemari sume. bagi dia buku. baru mula baca 1 page dia nak pegang sendiri. dapat buku dia tiru nurin dok kata daddy bear = abah, little bear = ammar. turn next page jer dia dah wat kelakar dia.

rajin la konon...tapi sebenarnya kat last page tue hahaha...
main cak2 lak ngan ummi. sayang, ummi beli kan ammar buku bukan tok nyorok2 kay...


last2, dia lebih suke main cak2 ngan buku tue. ajak la macam mana pon takmo baca, ammar... what happens to uuuu? nampak nyer dah quarter way tru tapi ammar lak macam nak punah kan rancangan nie. takper...sabar sabar...nanti ammar dah kenal abc mesti dia nak baca banyak2 kan. tue la boys, lebih kepada membuaskan diri n ada2 jer idea dia. hmmm~

Tuesday, November 10, 2009

quarter way tru...

tadi kan nurin kata nak g bank n renew lesen kan...
tapi dalam otak nie macam2 lagi plan ada.
so, i choosed to go to TESCO AMPANG lunch tadi.
sebab 1 : kat situ ada pos ofis.
sebab 2 : disamping dapat masuk kan duit dalam ASD ammar, dapat gak renew lesen.
sebab 3 : nak merayap cari baju long sleeves klu bole, 2 tok ammar.
.
so, yang setel...renew lesen n masuk kan duit ammar.
pastu tak tau nak buat apa sebab sorang kan.
so, jalan dalam supermarket dia n konon nak cari baju tok ammar.
tapi hampeh, takder berkenan di hati. so, nampak gaya nyer mmg kena g jugak la F.O.S for kids kat wangsa walk mall. huhu. baju nie nak beli tok ammar g gold coast, walaupon summer tapi breazy...so jacket lak beli sleeveless, harus la spare kan long sleeve kan. xper, sabtu nie ley try setel prob nie. insyaallah.
.
then, dah tawaf kat 2 kali, perot lak lapar. g la makan sorang2 kat pizza hut. lame okay. macam tak best makan sorang2. at that time i wish fiza was wif me. tapi aku tau ko bz ja...huhu. dah la sphagetti dia macam tak sedap sangat, tapi lapa punyer pasal. licin.
.
setel makan, hati nie macam x syok klu tak bawak balik pape. plan mula2 nak beli kat en suami boxer, tapi tak jadi. so, beli kat ammar buku la. kan nak menjayakan misi 101 Dream House Project. dah tue klu ada rak buku nanti tapi buku tak cukup camna lak kan? nanti nak story telling ngan ammar pon tak dapat. so, nie la hasil belian lunch tadi. tak banyak buku yang menarik. tau tadi g beli kat popular. huhuuu takper, next time.

nie la hasil tangkapan 10minit terakhir before 2.00 pm.
siap tulis dah nama ammar. full name. line bawah mula2 nak reserved tok future adik ammar tapi macam lama lagi. so tulis date lebih for memoir. plus, i can always buy new books for future one kan?
p/s : malam nie nak bacakan buku tok ammar. hehe berangan2 gak, tapi takkan tak dapat lagi cupboard tak mo baca buku tok ammar kan. hehee misi makcik hampir berjaya, hiphiphorray for me.

Good Idea: Turn a Bookcase into a Front Facing Book Display

jalan-jalan kat Apartment Theraphy jumpa la Ohdeedoh. ngah syiok tgk kid's room deko. jumper idea nie. mmg btul la, klu almari buku kanak2 rasanyer tak sesuai disusun ala kita kan. sebab kids go for images dulu kan. bak kata what attracts them la kan, of coz colors n images. jadi nie pon nak masuk kan dalam list 101 Dream House Project nurin. so macam mana nak buat lamari begini? just go to link bawah nie. dia akan bagitau macam solution or idea diorg kay...
my remark : i 100% loike this idea! ;)

DEKO DEKO : AMMAR'S ROOM

Nursery Tour : Ozzy's Bright Safari Nursery

bila la ammar nak ada bilik sendiri kan n lebih tepat lagi bila la kitaorang 3 beranak nak ada rumah sendiri kan. jadi boleh la bagi satu bilik kat ammar. mmg tak sabar-sabar. en suami siap kata lagi klu dh beli rumah nanti nak belikan ammar katil bentuk kereta, uuuuu nie mmg idaman nurin masa kecik2 dulu nak sangat katil kereta. haha tah-tah nanti bile ammar dapat katil tue, ummi kot yg tumpang tdo kat katil ammar :))
.
sooo, memandangkan boss takder. buat la aktivit berfaedah sket. bukan nyer sesuke hati tido okay. cari idea dan ilham tau. (mmg fevret nurin cari design2 tok interior decor nie) klu dah start pikir pasal deko deko deko...gamaknyer hilang ngantuk nie. (yer la, semalam tak cukup tido sebab ammar tetiba muntah lak, cian ammar. dah la ngantuk, muntah pulak. over kenyang kot. ammar, lembik sebab penat n ngantuk).
.
so pagi nie, awal2 dah bukak blog Jundeco Stickers. mmg cantik2 wall stickers dia. tue yang wat terliur tue. jadi pilih punyer pilih (mmg tak tau nak pilih mana satu sebab banyak yg cantik2.) nurin nak la yang nie. macam best lak, bagi ammar ada imagination sket. letak kat dalam bilik...hmmmm. plus ammar suker gambar2 binatang nie n dok dalam choo choo train lagi. comel okay...arghhhh :))

PS58046 : Jundeco Stickers

p/s : konon2 ikot gambar kat atas tue...ada satu kerusi tok nurin story telling ngan ammar la. indah nyer...insyaallah, ada rezki nanti. akan ku deko deko deko umah tue sampai gempak hehe..

Saturday, November 7, 2009

life as a kid...

can at times be Tiring...
but mostly
...its Fun and Adventurous.


yippeeee for me becoz im still a KID!
..........


predicting & thinking of what's next on the list of today's activities...harddd!


okay, i'm trying to be inovative here...sikat in a really small box...fuuhhhh...

time out...i love u mr lion...muahhh

back to work...construction. challenging!

constructing is a real man's work...orange...blue..greennn...yellowww...superb!

okehhh, foundation...in good condition.


test power.


project buliding a tower failed.

let's make it into a boat or sumting. car perhaps?


overall : i, ammar uzair bin dezalfhie really love being a kid. i learnt n play at the same time. poor u ummi & abah, have to work ur brains out hehee :P

please be jealous hehe.

Friday, November 6, 2009

hide & seek...cakkk!

permainan nyorok-nyorok nie main slalu sebab ammar susah nak pakai pampers. jadi terpaksa create satu game yang motif nyer buat dia lost concentration bab nak lari kan diri jer...
sejak dua menjak nie dah clear sket ammar nyer baby talk. kira bole faham apa yang nak disampaikan kat kita orang. cume ada time gak yang dia bebel baby talk mmg tak ley faham. berbelit-belit. so dulu main nyorok2 ngan ammar disebalik kain, towel or bantal. and kita yang tukang cakap "cakkk". tapi sejak dia dah terer main cak2 nie. dia dah bole main cak ngan tutup mata jer sambil cakap..."maaa...maaa...cakkkk!" ( sebenarnya dia ikot nurin yang dok time dulu main ngan dia...dah kita nie sebenarnya panggil nama dia, last2 dia pon dok ikot...ma...maa...)
jadi sekarang ammar lagi advanced. dia main nyorok-nyorok mesti kat dalam timbunan bantal. n klu nak tido sekarang pon nak kena hempap ngan bantal peluk dia. bolster size orang besar tau. tue yang kena ada 2 sebab kalau tak habis berebut ngan abah dia. nak buat macam mana, dua dua nak tido berpelok kan bantal. nie la kerenah ammar skng. tapi best layan ammar main nie. gelagat dia mmg mencuit hati...


Wednesday, November 4, 2009

memoir part 2 - cornetto

sunday lepas, 1 nov 09. kami 3 beranak ke aeon au2 sebab nak belikan susu ammar yang nak habis. pergi pon dekat nak maghrib lepas kena tazkirah ngan en suami. so back to story. dkt counter nak bayar dah, ammar macam membuaskan diri jadi kena la layan dia kan. so i pon kata bagi ammar tgk ice-cream tue. mana tau en suami kata u nak tak? i pon ok jer tapi mesti vanilla (nie semesti favourite i) so en suami pon amik satu. dah setel n otw nak masuk kereta i pon kata jom kita makan ice-cream ni sementara dia tak cair lagi. soo, otw kat kereta en suami dgn dokong ammar n pegang ice-cream (kan susah tue kan?) jadi bagi ammar pegang la ice-cream dia. last2...nie la hasil nyer. sedap. jadi mmg tak kan nak bagi balik la kat abah dia. layan makan sambil ketawa2 lagi. siap pandai lak kadang2 jilat ice-cream tue.

mesti ammar kata..."...heaaaavaaannnn" ;)

ermmm, almost finish. cepat2 en suami suh i makan sket takot ammar makan banyak sangat ice-cream.
makin sket, jadik kena korek ice-cream tue keluar...payaaahhhh ;p

fuhhhh, enjoy! "tue la abah, sapa suh ammar pegang. kan dah habis ammar makan. sedappp" sampai i ajar dia sebut ice-cream terus pandai. nampak gambar/visual ice-cream trus tau n cakap nak. hmmm, sapa nak jawab?

memoir part 1 - splendid

sebenarnya cerita ni dah back dated tapi nak jugak post tok simpanan kenangan aktiviti kita orang. hari jumaat masa i pegi interview kat uitm tue...setel nyer agak cepat gak. jadi memandangkan hari tue tak sempat breakfast jadi perut time tue mmg berkeroncong sangat. jadi sampai2 umah jer, ajak mama g makan2. ngan mama pon macam xcited nak kuar, jadik i pon cakap kat mama, jom kita ajak uwan n mak long. hehe sebab mereka paling dekat ngan kita orang n mmg best gak ajak diorg berjalan sbb mesti nak ikot punyer lagik2 klu nak pegi makan. lama gak takder aktiviti macam nie sbb dah kureng memontengkan diri (klu dulu ponteng jer mesti nak g salvia...sbb ada kroni yang lain) best klu sume kumpul mmg sakan jadik nyer.
.
jadik kita orang pilih tempat yang paling dekat ngan umah. splendid, aeon au2. yang tak larat nyer sbb invitation mengejut, jadi uwan mmg kita tak leh nak kelam kelibut kan dia. jadinyer, takmo pegi. dah kita orang masuk kereta, dia dok lepak kat bench porch mak long. last2 kita orang pujuk dia suh ikot gak. tak kan nak tinggal kan sorang sementara kita orang bergumbira kat luar kan. jadi ammar pon dah bising2 kat nek nyang ngan bahasa jerman dia suh nek nyang ikot. jadi nek nyang pon mengalah la sebab cicit dah paksa ikot kan.
.
tu yang last2 g makan. sedap. i order chicken chop wif sauce mushroom. uwan n mak long chicken chop wif black pepper sauce. mama nasi lemak rendang. ammar tumpang i nyer fries n siap dia sorang konker i nyer vanilla milkshake. fuhhh, mmg terangat milkshake dia tapi mahai nak mamp*s. rm 9.50...uiiihhh kn gak blajar buat sendiri nie...rugi. but overall sume yang kita orang order sedap. ayam was very tender. ice-cream vanilla pon sangat sedap. uwan suh i kongsi ngan dia ;)).

(L-R) : mak long, uwan. tengah menjamu selera.
(L-R) : ammar, mama. ammar ngah makan fries while mama melayan mak long & uwan.

note for me : ambience was ok. ammar was being friendly to orang next table. lepas makan kita orang ingat nak carik perfume tok uwan tapi dia nak try tgk one drop perfume dulu. lepas setel sume lepak umah mak long as usual. penat gak but everything was splendid.

Monday, November 2, 2009

am i a gold fish?

apa laaaa...

iye iye jer semalam charge bateri 4 digi cam.
mana tau dah charge lupe plak bawak.
arggghhhh....baru nak update pasal ammar nyer aktiviti petang semalam.


nampak nyer besok jer la kan?
hmmm, sabar...sabarrrr...
jangan salah kan diri sendiri yang semakin di makan usia jadi selalu mengalami penyakit gold fish. iaitu, hanya bole ingat 3 minutes jer...sangat la macam tee...(tee sori, bukan kutuk ko).
balik kena makan banyak2 kismis bagi terang memori...
heheee...rajin la sangat ;) kuikuikui

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails