Thursday, December 3, 2009

surat cinta buat...

surat untuk alya & kawan2 blogger yang lain....

assalamualaikum,

blog nie akan off tok 5 hari starting 4th - 9th september 09.
diharap kawan2 bersabar (chewah, macam ada peminat setia harhar).
nanti balik nurin akan upload gambar n cerita pape yang patut kay.

tok alya : 2 tag yg nurin hutang akan dilangsaikan balik nanti. gambar2 lama sume dah jumpa, tunggu masa nak scan n tepek jer.

jadi, tue jer buat masa nie. hari nie probably akan fb jer sebab banyak keje nak disetelkan. so, jumper lagi nanti. insyaallah.

doa kan perjalanan kami selamat & lancar. aminn~
thanx in advanced for all your prayers.

Wednesday, December 2, 2009

photo updates...

nota penting - cerita dah, tapi tak dapat nak tepek any visuals pon. so, nie la update visuals for post2 yang dah lepas tue. enjoy~ jgn termuntah sudah haaa haaa :)
~ BAG ~
beg nie beli semata2 sebab nak g gold coast. dah lama mengidam tapi tak dapat2 pas setahun lebih baru dapat gak. gumbira sangat...so, nie dah siap pack barang ammar tok dalam airplane. cuma botol susu jer blom lagi.

~ LAPTOP ~
cover yang keras tok menahan dari kena pijak ngan ammar. n sesuai tok dibaling2 or jatuh masa terlepas dalam genggaman. dalam buttons sume dijamin tak tertanggal. tapi bateri dia agak goyang2 sket lepas baper kali kn tocher ngan ammar. sib baik idup lagi hehe ;)


~ HARD COVER BOOK ~

buku mesti wajib beli walaupon nak suh ammar baca n konsentrat tue kadang2 payah. tapi kita kn menggalakkan dia kan. so, supply jer. lambat laun dia akan amik gak buku tue.

nie pasal farm, ada 4 lagi. beli kat tesco. nanti nak grab sume n buat collection. (ingat, 101 dream house project)...tak banyak buku camna nak bagi almari buku kan?
best nyer buku nie visuals dia besar n kaler meriah. mmg eye catching. n dia ada over 20 flaps. 1 ammar dah berjaya koyakkan, tapi selamat lagi lepas dah tape. hehee

p/s : alya tue la bagpack ammar. rm 59.90 if i'm not mistaken. ada kaler putih n hitam. ada size lagi besar n kotak, rm 79.90 (tapi agak gabak) n smallest rm 49.90, blue.

Monday, November 30, 2009

update cuti raya haji...

sorry gambar tak dapat disertakan sekali sbb malas nak transfer bagai...
just nak share on what we did raya haji baru nie...
  • {khamis} en suami nyer ofis macam dah pekan koboi so, dia demand me tok cuti halfday gak. bosan katanyer. ok la...since dah dua2 kat umah. en suami plan nak g beli barang tok ammar. so, i dgn sepantas kilat mintak belikan ammar laptop. hee hee, kita orang beli yg rm 30 jer sbb tau akan hancus cepat, jadi tak la rasa terkilan sangat. kul 3 mcm tue ker area tesco ampang.
  • masuk tesco ampang beli buku tok ammar, hadiah tok anak farah (since anak dia twins tak dapat nak decide kaler baju patut sama or lain. last2 beli sama kaler. macam rugi plak. tau amik 2 kaler. ley diorg share2 kan?)
  • {jumaat/raya haji} beraya kat umah mak long sbb uwan ada sana. jadi gather sana tok meriahkan raya. statement en suamiyg tak best. "raya kat kl tak dgr pon bunyi mercun, jalan sunyi jer" kerghhh...mcm tue la kat kl kan? kan? raya aidilfitri baru meriah...
  • then kita orang ker jusco beli backpack tok ammar. sempena nak ker gold coast. haha. senang, malas nak pinjam2 orang punyer. plus bole pakai ke mana jer. ala, beg yg ramai orang pakai tue. hard case, i took kaler putih. comel gak. then ammar jatuh masa lari2 kat jj. lebam dahi sebelah kiri. nangis bagai nak rak. hahaha...
  • {sabtu} ikot kan plan nak g umah farah tok jumpa the new parents n bagi hadiah diorg. tapi tak jadi sebab farah tak der kat umah. then kita orang ker burger kings kat highway menghala gombak. serius tak tau area kl mana yg ofcos dekat ngan umah nyer burger king. so, situ jer tau. lenjan aja. tapi yg tak best tak tau nak g sana. so i dgn hodoh nyer pakai track bottom + t-shirt umah + tudung agak besar = serupa bibik tau. tension sangat. sume orang pandang. terasa sangat malu oooo...benci! en suami kata takper "ammar siap pakai seluar terbalik takper jer" ala, dia budak kecik...no problem looo...dalam hati, dok doa jgn la jumpa sesapa yg kenal. malu!
  • then g giant kt taman permata. beli dvd. beli film.
  • {ahad} pagi2 nak jumpa farah, tapi dia lak bz nak g beli groceries. so, cancel n tukar plan g tgh hari. last2 kita orang ngada2 pegi zoo. haha ammar blu2 jer tgk gajah, giraffe sume. halfway kat dalam zoo ammar tido. dengan kitaorang penat, kitaorang pon balik.
  • petang tue baru g umah farah. kira nyer setel la agenda kitaorang dalam 4 hari tue.
  • i pon dapat kemas beg. cuma baju en suami jer blom. diharap malam nie dapat.

p/s : ok gak tak dapat balik kelantan, sebab banyak nak kena setel. huhuuu...kpd keluarga en suami di kelantan jgn la sedih. cuma baru 2 raya haji jer kt kl. lain raya sume sana yg konker. aci la kan? :)

Wednesday, November 25, 2009

kalah 1-0

perjuangan belom tamat lagi tok stop kan ammar dari bf.
semalam, ammar nangis iyer2 sebab dia tak dapat nenen.
at first dia macam faham bila kata kat dia nenen ummi sakit, tak bole nenen kay.
jadi sebab tak dapat nenen, ammar kerap minum susu sbb nak ilang kan haus kot.
so, last2 bila dia tak dapat sangat tido lepas berbotol2 susu...dia start ilang sabar n demand nak netek. kecian gak kat ammar sbb dia nangis mmg teresak2 n en suami macam dah ilang sabar gak sbb tak dapat stopkan ammar nangis2. last2 ammar klu merajuk dia mesti nak turun bawah cari comfort kat nyima dia. jadi terpaksa bawak ammar kat nyima n iyer2 dia nangis sambil berdodoi. lama gak nak tunggu dia stop.
.
last2 en suami panggil. ammar pon macam takot n trus balik masuk bilik. masuk jer, ammar trus landing atas perut nurin, peluk2 nurin...sign yang dia tak ready lagi tok lepas kan nenen rasanya. so tapi last2 dia mengalah n tido gak tapi siap berpeluk ngan nurin. sampai dia tido atas lengan nurin. penat la jap, tapi kn maintain gak sbb klu tarik cepat sangat tangan tue takot dia tersedar n nangis2 lagi.
.
dekat 1 lebih ammar macam mamai2 mintak nenen. since dari pagi sampai petang tak bagi dia nenen. so luka tue macam dah recover sket n my boobs pon keras sebab ammar tak netek satu hari. jadi pk balik, klu ammar tak netek jadi susu nie kn la pump kuarkan. so, sebab kecian kan ammar n takmo dia nangis lagi jadi nurin bagi gak. tapi rasa2 dia dah nak stop, trus kuarkan n*pple tue. syukur dia tak gigit. dia pon pasrah wlupon blom btul2 blom puas nyusu. jadi malam semalam, ammar dapat gak 2x netek. cian kan, nurin rasa kn stop berperingkat la tak la dia tekanan perasaan sangat. lagi teruk dia merajuk habis ngan nurin. huhuuuu sedih ;((

Tuesday, November 24, 2009

my confession...finale

beberapa minggu or bulan lepas ada post satu cerita pasal habit ammar menggigit n*pple me kan. mula-mula dah start stop n boleh kawal attitude n tau nak agak timing gigit tue. baru2 nie dia gigit sampai seminggu pon tak heal2 lagi luka tue. dah macam2 ubat tepek kat situ. dari air susu, minyak gamat n last cream tok crack n*pple. mmg almost baik dah time tue.
.
tapi semalam ammar mmg btul2 bertindak ganas sebab dia gigit, takmo bagi lepas n siap tarik lagi macam nak bawak lari, walaupon dah jerit. memang sangat...sangat sakit sebab dekat 4-5 kali dia gigit tempat yang lama luka tak heal tue lagi. sampai berdarah tau (walaupon bukan la sebaldi berdarah tapi kira dah teruk kay). warning pon dia tak makan, tutup hidung dia, dia ketawa2. adoooyaaaiii macam mana lagi nak buat.
.
pagi tadi masa nak mandi tgk la luka tue. dah ada nanah okay...nie mesti sebab luka tue dah makin besar n air liur ammar kan. hmmm, mmg perit tau rasa dia. lepas siap mandi tepek cream n msg en suami. "i dah memberi kata putus untuk stop kan bf ammar". tau, mmg sedih tgk dia merengek2 nak nenen tapi tak tahan lagi plus klu dah sampai ada infection kat n*pple tue kan dah tak elok tok bagi ammar nenen. nanti dia lak dapat germs or bacteria kan? hmmm...terpaksa. tue jer bole kata sekarang. faham, mmg ammar ngah gatal gusi. tapi klu nak layan teething dia sampai bila. bayang2 gigi baru mmg tak nampak lagi. yer, ada yang kata bila gigi dah start penuh dia takkan gigit lagi. tapi, nak tunggu gigi penuh mungkin lama lagi. hmmm sebab tue nekad mmg nak stop kan.
.
tadi dah pesan kat mama beli benda pahit bagi ammar stop. kita tgk jer la nanti apa hasil nya. ikot tadi macam tak nak pegi keje sebab perot sakit. tapi klu duduk rumah mesti ammar nak menenen jer. jadi baik bagi time off kat nenen nie. kecian kat dia, luka dan sakit. bagi dia ruang tok heal sebelum petang datang lagi karang. sebab pastinya ammar akan gigit lagi nanti. huhuuu...ouchhh!

Monday, November 23, 2009

vocabulammar

additional of what ammar can say till today...
lalat. atok. ball. nenek. bubble. ya (malaysia). ka (merdeka). un (1). empat. ten. car. bus. kakak. abang. adam. banana. mammm.

sentence...
ammar nak nenen. ammar nak ebrelflgka***Pkk (maksud nyer nak turun bawah) haha... then, ammar nak emma (nak mama nie).

sing...{semua tune btul tapi baby talk version}
aatteeeteee (sbnrnya...i luv u, u love me :barney)
yayayaaa (nyanyi lagu malaysia, malaysia)
& lots more...sepatutnya record kan...apa laaa...


note for me : sabtu, me n ammar jer kat umah berdua coz nyima balik langkawi. tee g cherating n en suami g keje. i dapat gak masak nasi kat ammar, basuh baju, kemas umah sket n cuci pinggan n sterillize sume botol susu ammar. for me, nie ok tau. coz ammar mmg sangat aktif. suke ke hulu ke hilir, tapi once dia dapat tido, makan & minum susu bila perlu mmg senang nak handle. n plus cerita fevret on tv mickey clubhouse really save my as* hehe... dia bole dok diam n sing along. n akan bontot me where ever i go in the house n tiru. hehee sbb umi sangat tak gemar lalat. n suke nak bunuh lalat. ammar sampai pandai cakap buuukkk lalat sbb ummi dok sibuk nak pukul lalat. bagi ammar aktiviti sket. mmg helpful gak. n tak bole lupe ammar siap tolong me masa angkat ampaian dia bawak masuk. dia siap tolong angkat lagi. mmg sangat sayang ammar. i can imagine nanti one day bila kitaorang dah ada umah sendiri ammar will always be wif me, teman & tolong here n there...my helpful son ;))

bila sudah panjang akal...

ini budak ammar sangat la banyak idea. bila dah masuk 1 tahun 3 bulan ammar lebih cenderung tok xplore medium yang bole dipanjat. tak kisah la pape pon dia rasa nak jadi "kong". nasib baik takder tower kat umah nie...klu tak mesti dia sampai atas dulu hehee macam king kong.
.
semalam masa abah dia ngah mandi tok solat maghrib, ammar dok bertemankan ummi. macam2 cara nak pancing ammar nie soh duk diam2 tapi tak berhasil. jadi, mula2 pandang dia...dia ngah main ngan bakul baju dia. baru jer 2minit pandang tempat lain, tau2 bila pandang balik dia ngah halfway panjat bakul tue. zuppp berdesup pergi tampong blakang dia. ya allah, boleh sakit jantung sebab terkejut. eeee takot btul kalau dia tergolek ke belakang. mesti terhantuk kepala nanti...trus warning ammar. tapi sebab dia ngah syiok nak mengxplore jadi teman kan la dia jap melayan kan mengidam nak memanjat. pastu tue yang sempat tangkap gambar dia. tapi bila kita nie sebok2 nak tangkap gambar dia takmo plak dok atas bakul tue dah. hmmm, dasar nak hilangkan bukti btol ;p
pape pon mmg sapa2 rasa nak kurus bole datang sini layan ammar nak mengxplore rumah. semua ceruk dia pegi. siap merata2 dia pandang nak cari per lagi yang dia bole main n korek.
.
satu lagi yang tak dapat dibendung ngan ammar nie ialah dia sangat garang n ganas gak. jangan la korang nak nakal2. klu tak memang dia belasah jer nanti. nie la sebab nyima dah bagi authority kat dia sebagai cikgu disiplin kat umah tue. kira merangkap penolong kanan nyima selaku guru besar. nyima bagi dia lastik adam (tapi sebenarnya bukan dia pandai lastik pon...dia just tepek getah tue je...tapi sebab adam mmg takot kn lastik, menjerit2 dia). n satu lagi pantang dapat hanger or bendera malaysia...mesti dia katok orang nyer. yang tak best sambil dia pukul dia kata gak adoooiii...tapi keep on pukul orang. penat nak ajar dia jangan belasah orang tapi tak lut lagi dalam sistem dia. kn slow2 ajar gak nie, klu tak takot nanti dah besar jadi kaki gaduh la huhuuu...naya nanti...hmmm~
Related Posts with Thumbnails