Dates 2 remember...

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers

Monday, November 21, 2011

random~

hmmm, lama tak log in smpi password pon dah lupe.
so, ni just nak berjinak2 balik...
tapi macam tengah rethink about the existance of this blog. 
perlu lagi atau tidak?
nak delete macam sayang, usaha berzaman...
tapi klu simpan, macam takot tak sempat nak update.
n sapa lah nak menjengah blog ni lagi...
hmmm...mari kita fikirkn sejenak...

wasalam

nurin

Sunday, May 8, 2011

kek paling mahal for birthday celebs at au2

goes to my birthday cake, by baskin & robbins.
hmmm...hambik!

birthday gal yg ke-29...tua dah...

keras...tu la, tak baca btul2. spttnye kn thaw dl...hehe masing2 xcited.

tarik nafas...hembus...tarik nafas...hembus.
ok entry pantas sbb saja distract diri ini dari dibuai lena.
bertahan... @_@"

konon2 nak beli kek kecik n murah dr secret recipe sbb tau, kek slalu susah nak habis. time nak beli kek mesti ada rasa mcm "nanti mama mesti kata dia punyer kek lagi sedap.." hehe so, susah bila time nak wat decision tok beli kek ni...last2 terjebak dgn baskin n robbins. mahal bole tahan jugak la... dkt rm100 for this cake size. celebrate pon awal 1 hari (20/4) sbb tekanan nak siap kn keje yang tak penah nak siap tue. tp as usual, en suami insist suh beli jugak...dlm erti kata lain, dia yg paling xcited. ammar harus la mengaku cake tu untuk dia...kan sume birthday orang, birthday dia. tapi sangat worth it sbb kek nyer sodap! two thumbs up!!

p/s : en suami mesti bising sbb everytime birthday dia mesti kitaorang beli kek murah. haha kdg2 time tue tak de ongkos n ada time sbb kek habis...mmg x kaki kanan la dia kat kek2 ni...kita tgk lak tahun ni yer... peace!

Friday, April 29, 2011

statement kering Ammar #4

tekanan bekerja di saat2 terakhir membuat kan post ini harus dikeluarkan...

di suatu pagi yang indah yakni 2 hari lepas...ammar baru bangun tido...lalalala

ammi : ammar, jom kita breakfast. ammi lapar laa...
ammar : ammar pon lapar. jom kita pegi makan nasik...berani dah bukak dah.
ammi : ha? beriani? biar betul ni... T_T"

 ----------------------------------------------------------------------------------------

sib baik nyima dah masak nasi awal2 pagi...selamat! jm beriani mana bukak pepagi buta kan?
moral of the story...bila ajar anak makan sedap2...ni la kisah nyer. asyik nak makan nasi berani jer ker...beriani jm lak tue..

* berani = beriani (tak reti nak sebut)

Monday, April 11, 2011

I used to be called "PRINCESS SUNWAY"

note : bear with me...mmg panjang cerita kali ni. sabar n tenang2 yer masa baca...tq!

ohhh tiba2 en suami buat plan mengejut pagi semalam. tak la pagi mana, dkt2 pukul 12 pon. dia kata "kita pegi sunway lagoon, jom??" heehhh...biar btul nie, orang pegi pagi2 sebelum pintu bukak. berkemah dpn gate sunway lagoon kan? ajak Ein & family pon diorg takmo ikot. yer la, takot orang ramai nanti tak best nak berseronok. Ja, aku ada terpk nak ajak ko, tapi aku sure ko penat ke A'Famosa kan? then, ajak Tee. dia kata tgh wat keje kat office...sudah nyer, kami 3 beranak siap and gerak.

1st stop, harus la makan dulu. disebabkan abah nyer bangun lambat. lazy sunday la gamaknyer. jadi, kami brunch jer trus kat JM Beriani. 

mmg fevret ammar nasi beriani...mcm ammi dia!

ammi share dgn nasi ammar.

abah ammar makan mee bandung.

then, baru gerak ke sunway lagoon. lama dah tak ke cini. ada la dkt 13 tahun kot. so mmg macam terpingga-pingga sket la. yer la, dulu pegi cni naik bus jer. dr 7e dkt lot 10, then ke kota raya pastu baru naik bus trus ke sunway. jadi bila nak drive naik kereta, mmg huru hara la sket. dgn parking kat sunway bagai. entrance pon dr building sunway kan...pendek cerita, mmg ketinggalan zaman kikii... :P

Jadinyer, sbb dah pukul 3 and hari mendung. abah ammar suggest amik yang pack of 3. amusement + wet + wildlfe park jer. next time ada lagi kan. Ammar, harus la orang paling xcited. jumper air jer, jadi shark la dia. tak sabar2...memang bole harap la kat dia. sebab dia akan main tmpt yang dia rasa dia bole jer. takder la keje nak terjah sesuka hati. yang part paling best, Ammi n abah kanak-kanak RIBENA pon join sekaki. sampai kena tegur dengan guard "slide ni untuk budak kecik jer yer". haha mana la tau, kita ni risau anak kita jatuh kan...mana tau, dia ok jer turun slide tue sendiri. hehe patut la mak2 orang lain dok tengok jer...hahaa...tak malu pon! :) tapi yang tak best nyer, time abah dia turun, tak lak sapa tegur. cissss! diskriminasi!

 @Water Park
time ni tak kantoi plak...happy faces :)
abaikan quality pic ni...abah ammar kn pegi berguru dl la :P
kan dah kata ammar xcited! tgk muka dia...
piung2 kat abah dia.


ammar konon2 nak try 2 slide nie...tp kecut bila dh nak smpi lubang nye


so kita orang pon sakan la main. smpi pukul 3, kena kluar pukul 6. so, limited sket la. tapi aim ke cini bukan nak lepas gian ke apa, just nak beridah satu family. itu pon masa teman ammar main air pon dh rasa lama. tp tgk time balik baru 30mins. dkt pukul 4, kami pon salin baju. sbb hari nak hujan. nak pegi Amusement n Wildlife Park pulak.

@Wildlife Park
suke betul dia melayan..."dia nak topi ammar...tak boleee"
hari dah hujan time ni, beli aja apa topi ada.
masa salin baju tue yang tak best. cite nyer...mula2 mandi n tukarkan baju ammar. so en suami tunggu la kami kat luar. then ammar setel suh la dia jg. so siap2 sume, turn en suami plak. time ni bawak ammar pegi beli souvenir sket la. tok dia n kazen2 tercinta echa n adam. then setel pegi Wildlife park. sakan! then pegi tgk siberian tiger. tunggu punyer tunggu dia nak bagi makan, tak sampai jugak. en suami bukan suka tunggu, jadi jalan la kami. pergi beli ice-krem tok ammar. makan2 then enjoy kat amusement park. 

at the siberian tiger dock.

pekena aiskrem dulu...ammar dah lapa ar ni.

bila sampai sini mcm lain rasa. dulu havoc. skang, lenggang. since hujan, jadi buffalo coaster x bukak. so naik vulture jer la. tu pon, ammar dh cuak. tp en suami suh jugak duduk. dh halfway end baru la ammar berani nak angkat muka. kelakar btul. setel jer citu, ajak ammar naik boots sebelah vulture tue. tak nak dia. laju kot, takot dia. 

 @Amusement Park
hahahaa...ammar menyorok. ammi yang layan~
so, last2 kami pon tgk ammar dah penat. en suami pon suggest kita orang balik. masa nak turun kat carpark ammar dh warning "abang dah penat" tup2 trus tido. haha penangan main air. haa, nie part yang best nyer. sampai kat kereta, nak letak beg sume...baru teringat. 

"alamak sayang, i rasa baju basah i sume dok tergantung kat pintu toilet!" jeng3...
jawapan yang dapat "tak yah check2...kalau dah tertinggal nak buat cemna, beli jer lain" allaaa, sedih nyer. berdenyut2 kepala masa otw back tu. teringat kan baju yang tertinggal. dh la tertinggal banyak lak tue. satu set tue. seluar track cotton, baju aquaria hubby bagi, spageti strap top 2 fevret, tights xs yang susah nak jumpa beli masa kat pd, tudung hitam syria yang the only one ada n last skli yang paling sedih...anak tudung syria Arianni...huhuuu apa la jadi kat barang2 tue gak nyer kan?? tak bole tido malam dibuatnyer. teringat2 jer. tue la, masalah aku ni. klu ilang barang tu...mmg susah benar nak let go. sebab asyik jer kenapa la tak ini/itu...dok ter kalau la...haighhh kusut. malas nak pikir sebenarnya. dah la pegi tok release tension. balik2 tension jugak...nasib la, tak rezeki kan. sudah nye, kena la beli tudung baru nanti...hmmm :I

time nie dok syiok lagi...tak ingat lagi baju sume tertinggal.
uncle GRU sudah bangun dari short nap! makan fries...

p/s : jgn risau, baju ammar n en suami terselamat. mine jer yang hangus. ;(

Friday, April 1, 2011

kisah JATUH...

Ammar lately nie atau lebih specific, minggu ini sahaja dia dah jatuh and terhantuk dekat 3 kali kot.

mari kita ulang tayang dihari kejadian :
semalam, sebab syiok sangat ikot Mumu (kitten baru Tee) masuk bawah meja makan. terhantuk, otw nak kuar dari bawah meja. almaklum laa, dah lebih tinggi. maybe dia budget lepas aja, plus dh berkurun tak main2 bawah meja. memang kena la. dah la meja makan mama tue tebal n kukuh kayu dia. ouch! mmg sakit. dengar pon tau. menangis, tanda nya sakit sangat la tue.

lepas tue, naik atas...main lego ngan abah dia. lepas ammi mandi, nak la tengok acu yaya nyer dah sampai ke belum tee tak ada kunci nak masuk rumah. baru sekejap jer keluar bilik, tau2 dah berdentum dalam bilik then ammar nangis. sah! dia jatuh. en suami pon bukak pintu n marah "u dh tau ammar suke kejar2 u, jgn la keluar bilik macam tue jer"...dah berdarah bibir dia. ada cut sket kat bibir atas dia. kes nyer, dia tersadung selimut abah dia. ammar2...takot benar ammi tinggal kan dia. sedangkan masa nak keluar tue, elok je dia main ngan abah dia. pantang betul kalau ammi dia menuju kat pintu.

kelmarin lepas, dia bergayut dekat meja makan. terlepas n terhantuk dagu pulak. nangis jugak. memang sakit pon kan. seb baik tak der luke ker apa. tue la, ammi dh selalu pesan. jangan bergayut2...kan dah kena. 
itu la kisah nya...rasa nya dh tak der lagi kot. tengah nak membesar nie harus la melasak kan. kata budak lelaki. apa nak buat...kena lebih berhati2 jer la next time. doa jer la jangan ada jatuh yang betul2 teruk sudah. ishhh, mintak la jauh kan.

irish Ammar

 bahaahaa...irish la sangat. baju jer dr ireland, thanx to aunty baby sebab belikan baju rugby yang sangat green tue yer. AMMAR sekarang pandai nak pilih baju sendiri everytime dia lepas mandi. fevret sekarang ialah nak pakai jeans jer tu nak bagi cue soh bawak g jalan la tue. pastu memilih! nak2 kalau baju tue kaler blue. harus la ambik. sebab sekarang bagi ammar, blue is the kaler of 2011...jadi trendsetter plak ker? haha

so nie is Ammar first attempt nak pakai baju rugby ni. dia korek2 lepas mandi petang and jumpe baju ni. maybe kaler tue bold sangat dia pon amik. so ammi pon suruh ammar posing la sebab nak bagi aunty baby tengok. habis je photo shoot. dah, takmo kata nya. dia kata "ammar nanak baju nie. besar kan ammi. haaa, baju nie bole, baju nie kecik"...kikii so, ok la tue bee...dia kena besar sket baru fit kot. nampak nyer, memang tanda2 tok main rugby macam yayi tue takder la...dia kan prefer football jer.




Facial expressions terbaru ammar. siap tgk lagi logo clover tue, heran kot.

Wednesday, March 30, 2011

self REMINDER. dot.

harini masuk la 2 hari sebelum menjelang bulan april. apa ada kat bulan april yang penting sangat ni?

  1. 7hb April 2011 - final PREVIEW tok bakal2 graduate dr Uitm kampus Jalan Othman. kalau lepas, maknanyer bole la proceed for viva and insyaallah bole grad this semester. {mintak2 la tergolong dalam kumpulan ni...tak larat dah, serius!}
  2. 10hb April 2011 - draft thesis pertama bole disubmit untuk di check n proof read. apa cite tinggal berapa hari jer lagi, satu perenggan pon tak dak nie...insaf, takottt!
  3. 21hb April 2011 - my birthday. saja jer bagi tau, tak pon mintak sesapa hadiah pon. tapi kalau sapa2 rasa ada durian runtuh and nak belanja iPad2 or digi cam, sila la tak baik tolak rejeki kan?
  4. 25hb April 2011 - bermula la penentuan hidup dan mati. VIVA! time nie orang sibuk sangat confem kat skool nanti tak dak sapa yang akan teringat my birthday  n maybe aku pon tak sempat hengat nanti. takper, bila habis nanti...boley enjoy sakan. insyaallah, sila la berdoa untuk saya yer kawan2 sekalian...tenkiu, i luv u all.
tue saja yer, kan kata self reminder tadi kan. kena la brief n precise. bab cuti2 umum tak yah la nak dinyatakan, tak valid ok sebab cuti akan menyebabkan aku off bekerja nanti...huhu

sekian. 

cue ker?

{image from Google}

petang semalam, sementara Ammar lena dibuai mimpi n break sekejap dari buat homework yang tida kesudahan nya...menerjah la blog2 member yang dh lama tak intai. stalk sekejap, korek sini sana n dapat tau ada 2 orang yang sedang pregnant. wahhh, biar betul nie...macam nujum pak belalang plak rasa.

best nyer diorang. teringin nak pregnant balik tapi the time is still not right untuk decision yang penting macam tue. to those yang preggies, gud luck mommies. sentiasa la upload yer cerita2 pasal maternity korang...memang rajin la aku bertenggek nanti.

Tuesday, March 29, 2011

i just can't make up my mind with...

wow, i loike gadgets. tapi stakat nie, henfon pon dh tahap zaman batu. geram bila dah tak bole charge. asyik la kena guna en suami punyer henfon body tok charge, tue nasib baik la henfon sama model.

ikot hati la kan dan perasan yang membuak2, mau aja beli henfon baru. tapi mata dok jeling2 jugak kat iPad2 and digi cam.
ok, mari kita list down kenapa saya perlu semua gadgets di atas.
  • iPad2
{image from Google}
       + bole tgk movie - sebab bila travel jauh2 balik kelantan, atleast the iPad2 can  accompany him...mmg bosan sbb jauh perjalanan. kalau jalan dekat2 n berdua jer dengan Ammar dalam kereta pon bole jer iPad2 layan dia. klu tak mau nye dia nak drive sekali n paling bagus kalau bole buat dia duduk elok2 kat car seat dia. 
       + secondly, harus la amik yang paling latest kan? alang2 dh release iPad2...sapa jer yang takmo gadget paling advance kan? kan?
  • Sony Nex3
{image from Google}
       + ooo, yang nie memang sangat penting untuk dimiliki...kenapa sony? sbb wlupon amik yang semi pro, tapi quality dah bagus sangat...plus, camera DSLR yang ada sekarang nie bukan la saya punyer. nanti nak pindah rumah baru, tak kan nak pinjam selalu camera papa kan? harus x beli? haruss n wajib. satu lagi, moments Ammar membesar harus dicapture kan?

so kesimpulan nya, lepas dipikir2 balik. henfon tue bole tunggu dulu la. walaupon orang ramai dah berBB n berIPhone, tak kisah la...tunggu dah keje n ada salary tetap, bole la dipirkan nanti...tapi antara iPad2 dengan digi cam, yang mana satu dulu?

tapi, barang rumah pon banyak nak kena beli lagi...macam mana? runsing2... :]

Monday, March 28, 2011

Motivasi diri #1

"Orang yang cemerlang sentiasa fokus pada apa yang dapat dilakukan 
dan tidak perlu risau berkenaan apa yang tidak mampu dilakukan."



-petua ke 19, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.


p/s : buat peringatan diri sendiri dan sesiapa yang membaca...

Monday, March 21, 2011

problem @_@'

awat tak ley comment nie kat latest post...
fear not, i'll try to setel this problem a.s.a.p kay.

Ubat motivation via Dr Abah

first of all, thanx to all yg give support, care n gud wishes to Ammar. Alhamdullillah, masuk pagi nie he's in better condition. siap tido tadi tersengih2...mimpi apa tah nyer. maybe becoz dia muntah subuh tadi, jd kahak sudah keluar dgn jayanya. *jump star* untuk Ammar!

But unfortunately, kami tak dapat la pegi tgk Hot air balloon fiesta kat putrajaya tue. takpe la, tak rezki Ammar. tp dia dapat tgk orang design bilik budak ngan hot air ballon themes pagi ahad dlm "dunia si manja" [if im not mistaken, yg every sunday kul 11 am tue]. bole la tue kan? kira tgk la balloon jugak kan??

so anak2 korang senang tak makan ubat? apa yang korang buat tok motivate anak korang yang x sihat? since ammar tak sudi nak makan ubat. jadi abah daffo ada cara dia sendiri tok motivate ammar tok lebih ceria n bertenaga...tak la melepek jer atas tilam kan...apa dia? LEGO... hahaa gagah bawak ammar pegi Aeon AU2 malam hari Jumaat dgn kepala bertepek asam jawa. tapi kita orang suh dia cover ngan topi la, mau orang terkejut tengok nanti kan. pakai socks bagai. sbb sejuk malam tue. pusing2 beli barang rumah sket n then, ini la hasil dapatan tok malam tue. yang gigih main nyer ammi dia, as usual ;) . suke lego nie, ingat nak beli tok diri sendiri la satu nanti. hahaa

budak demam keesokan harinya. rambut kejung.

hasil kerja tangan ammi...yeay! 1 aircraft n 1 lori minyak.

Ammar punyer spacecraft version dia...takde kepala pilot dia sbb kepala kaler kuning, tak match the whole blue concept ammar (fevret kaler). suke ati laa..
ha, nmpk bekas kaler oren tue...itu la tempat simpan lego dia songklap bekas biskut nyima, kecik sgt parts dia...kena simpan satu tempat. klu ilang, Ammar tak kisah pon tapi ammi yang kecoh lebih nanti. sayang ooo...(tapi nanti ingat nak g IKEA la beli bekas yang transparent tok sume stok lego dia) takat nie ammar dh kumpul 3 set Lego...nanti nak beli lagi...bole la pasang cita2 Arkitek tok ammar hehe.


p/s : korang tau tak mana nak cari Lego yang 2-5 yrs yang cube2 je...ammar suke susun2 jadi pistol or aircraft.
pp/s : terpaksa beli Lego yg 4+ sbb ada visual aircraft kan. dia nak spaceship tapi takde. mcm kat malaysia ni takde jual la...tapi klu anak dh bole handle small parts takper, if not tak rekemen la...kecik sgt, lepas masuk lubang hidung ok. ooo bahaya...
ppp/s : kan best klu aku demam n en suami bagi $$ motivation. mesti baik trus kan? haha xp

Friday, March 18, 2011

baru sebut dah jadi...

Bak kata, kita hanya merancang. Allah yang menentukan segala nya. Semalam baru kata bilik ni akan tidy bila Ammar demam. Mulut masin btul! choiiii! Ammar demam start pagi semalam. Masa tengah hari dh makin panas, aktiviti dia pon cuma baring2 and tido. Tue yang dia dapat tido time pukul 2. slalu nye jangan harap la kan. 2-3 hari sebelum tue Ammar ada gak mcm buat bunyi "...ehemmm". Kita orang pon tanya jugak, sakit tekak ker? dia kata OK. Ammar sume nyer ok jer. 
Jadi nye malam semalam, pukul 9 baru la pegi klinik sbb tunggu abah dia balik keje. Sepatutnya ada kelas semalam, tapi menengokkan Ammar terlentok tak sampai hati pulak nak tinggal kan dia. kejam la kan klu penting diri kan? so pegi klinik kat Ampang. Check : 39, tinggi tue doktor kata. trus dia tanya nak tak ubat sumbat bontot. aku pon ok kan jer, nak buat sendiri tak pandai. orang kata klu ubat bontot cepat sket. Ammar lak nak makan ubat punye la susah. alang2 kan...oleh itu, pesan dr :
  • jangan makan oily food, nanti lagi gatal tekak. no nuggets n all. nmpk nyer Ammi kena masak spesel la tok ammar. bubur n sup ABC jer la...
  • susu buat cair sedikit...baeklahh
  • mandi air suam or better, lap2 jer. so ammar, no bubble bath at the moment la yer
  • ubat start as soon as possible. tp Ammar susah makan ubat cemna?
dh dekat smpi umah, baru la kebah sket. syukur...tapi malam2 tido dia terjaga2 jugak. bila dia batuk jer, dia nangis. dia tak suke bila batuk kuat2 tue, mcm la kita orang marah kat dia ker...ammar ammar...tok calm kan dia mesti kena dokong n dodoi kan dia. dh la aku ni mengantuk tersengguk2, macam nak melayang jer bila dodoikan dia. nak letak cepat2 tak bagi plak...yang tak larat tue, dia mintak nak roti bakar cheese pukul 4 pagi. haiyaaa, anak punyer pasal buat jugak. tapi pastu dia takmo makan, dipaksa nya ammi dia makan. Makan jer la. pastu mata aku ni dh terlelap2...dia dok steady jer. tau2 terjaga, dia dh terlentok sebelah aku. kecian btul tgk...
sebenarnya ada plan ujung minggu nie tok dia. 
  1. nak bawak pegi jap tok 2 thn 1/2 kat pusrawi. dh demam nie...cancel la.
  2. nak pegi tengok hot air balloon kat putrajaya. dah lama Ammar tunggu ni. masih ada harapan ni. wlupon dr kata dia mayb akan demam dlm 3 hari.
tapi tue la, tgk macam mana. harap2 ammar cepat sembuh. nak tunggu lagi carnival nie tah bila. dari hari tue lagi dia mintak nak tgk. tp takot bawak klu tak sihat dengan cuaca nanti panas lak kan? pening2...tapi dh lama janji ngan dia ni.

budak nakal Ammi...kuat2 ammar...
p/s : count down tok diri sendiri...20 more days till final preview! wlupon cabaran datang berduyun2...aku redha n terima semua ketentuan illahi, semoga diri ini kuat menghadapi semua cabaran dan dugaan...amin~

Thursday, March 17, 2011

BZ pon...Toilet harus di cuci kn?

nota kaki : masuk 2 minggu la lebih kurang, Ammar tanpa buai for noon nap. masih tak bole biasa kan diri. dia akan tahan mata smpi la maghrib baru tido. if pegi mana2, dia siap2 tido dalam kereta. jadi macam mana ammi mau buat kerja? jawab nyer bila dia tido jer la malam nanti. klu ada buai dulu mmg dapat la wat keje dr pagi sampai petang. x per, meter kesabaran masih dapat dikawal...amin~ [off topic, reminder tok diri sendiri]

Mata dah kuyu tapi masih perlu bertahan untuk siap kan design. Jadi, apa kata update blog dulu, selalu nya cara nie selalu nya mesti berjaya ckp jer la sebenarnya mmg ada hati nak berblogging, kn! Plan nyer, cb siapkan sebanyak mungkin. Target : Pre Test! by this week. Last week sudah rugi seminggu sebab ada hal n tak sihat. Dugaan!

Minggu ni, terlampau bz melayan kerenah Ammar, cb setel kan design sebanyak mungkin, kemas bilik everytime ammar punggah barang n macam2 lagi. tapi, klu rupe bilik tak macam kapal kena serang garuda...sah! ada sumting wrong. ini kes jarang2 berlaku, cuma pada hari ammar demam jer, bilik mmg tidy la dr hari biasa. nway, nie bukan kisah bilik kemas atau tidak. tapi just nak share activity anak beranak di hari yang ammi dia memang bz tapi cuba diabai kan bila anak dh kata... "eee...dirty..." klu nak tau, ammar nie tak bole nmpk habuk dan sebagai nye, pengeli sket pakcik nie.
jadi nie sementara Ammar mandi, ammi pon menyental la lantai toilet. konon2 dia tolong la 5min pertama, pastu...tak de makna nyer. 

muke inesen habis

konon2 dok dalam bath tub la macam mat salleh, bubble bath

ammi wat keje kat laptop, ammar wat keje kat buku...katanya :P

pandai sketch dh, circle dh boleh cantum...siap ada banana tp rupe carrot
p/s : time nak wat keje kat rumah mesti suruh dia pinky promise, tp 5 min je jalan kot. pastu kacau balik...tp so far, ok laaa...dh reti wat keje sendiri...tp tahan 10 min, yang nie pasti...

Sunday, March 13, 2011

my unwanted and miserable moments in life, part 2.

sambungan...
oh lupe bagi tau...lepas dah kena basuh, diorg bagi second chance...2nd March, penentuan! 

jadinya...

lepas malam tue, kena basuh ngan en suami...kira round 4 la nie kan...mmg aku rasa penat, sedih, tak der harapan n mcm2 lagi la. ikot kan, nak quit jer. tapi pastu aku rasa tak aci lak kat diri aku. dh kena basuh baru dia bagi semangat balik kan, haru...baru la naik confident tue sket. yer, tq en suami ku. yang aku lagi terharu n kelakar sbb mama n papa pon tak putus2 backing aku. hahaha...best dpt dorg sebagai parents nie. oh yer, tee n bee pon ada bagi kata2 semangat jugak...tq korang! pastu, pk lak ammar. tak kan dia nak tgk ammi dia sebagai seorang BIG TIME FAILURE kan??? mana bole. so aku pon bangkit dari kegagalan n berpegang pada motto Cornelius Robinson (dr cite Meet the robinson)

"KEEP MOVING FORWARD!"


credits to Google...tq.
jadi, start subuh 24th Feb...
bekerja full time kat rumah. nak pegi toilet pon tahan klu bole. sbb takmo buang masa. mintak tolong mama sangat2 jaga kan Ammar. ammar pon siap dh hafal dialog ammi dia "ammar bagi ammi wat keje kay, ammi kena siap kan homework, klu tak lecturer ammi marah, nanti ammi nangis..." ammar pon mcm paham. so, aku cm brunch the whole week. tido maybe 2-3 jam masa tido kan ammar. dlm pukul 2-3 pagi bangun n wat keje smpi ammar bangun. ammar bangun teman dia turun bawah n then sambung balik keje sampai la pukul 6-7pm. dalam tue break2 solat, brunch (mmg time nie terasa la perut kempis mcm somalia)...tak log in facebook, email tak bukak, blog pon tak tgk langsung. muke time tue tak yah kata. eye bag bole tukar nama jadi eye guni haha...


tapi smpi 2hb baru la aku jejak kan kaki kat JO. mmg apa yang tak faham, tru ym n ikot instinct sendiri jer. haha...ok gak, mmg konsentret habis, tak der lagi soklan2 putar belit yang membelit otak dan sebagai nyer. tak der gangguan. mama pon terer je kontrol ammar. tq maa...i owe u so much. 
en suami pon tolong kejut aku malam2 n bagi semangat suh aku keje n dia pon tolong jugak, smpi ada satu hari dia tak tido malam...then pagi 2hb dia tak g keje sbb dia kata biar dia jaga ammar sbb baru dia tau bini dia bagi full responsibility kat mama kan...terpaksa. pagi tue pon dia tolong jaga printer...compile kan everything...mmg tq to u too...i luv u wlupon ada jer la yg wat kita nie tak besfren sumtimes...adat org kawin la kan? 

so apa verdict nyer?
seharian tunggu, macam tak berminat jer lecturer nak preview work kitaorang yg bersekang mata 1 minggu...tertido2 la aku kat kerusi qubicle aku tue. akhirnyer before maghrib dtg la supervisor aku n another lecture. kali nie kena present sket, tak macam last time. nampak mcm ok jer...aku pon rasa ok gak...mama n en suami asyik jer msg, tanya ok ke tidak...mmg takot jugak.


lepas maghrib, kita orang kena berkumpul. as usual nama akan dipanggil. tp dis time lecturer lain bangun n kata "we are not going to say pass or not...lets just say pass or probation." for me, better! klu tak sakit ati jer. panggil punyer panggil, nama aku tak dengar pon. aikkk, cuak! cuak! pastu dia tanya ada sape2 tak kena panggil? aku n 2-3 orang angkat tangan. trus supervisor aku kata, nurin kan? ada, PASS! syukur alhamdullillah...


tapi dis is not the end. 7th of April ada 2nd preview tok nk evaluate wether lepas tok viva or not. so buat masa nie kena kejar kan sebanyak mungkin. tgk, blogging do take so much time. sib baek mmg plan nak start keje at 3.30...ok adios people. next time baru citer pasal Ammar kay, byk achievements dia dah. kn la record everything. even this story...then ammar baru tau kenapa 1 mgu dl dlm hidup dia, after 6pm baru dia bole ngan ammi dia. sorry n tq ammar for understanding...luv u too.


the end~

p/s: back to work...back to work!

my unwanted and miserable moments in life, part 1.

dekat desktop ni ada time bomb yang aku wat tok setel kan thesis yang hanya tinggal 14 hari je, klu ikot plan supervisor aku. diam tak diam, timbul tenggelam...bulan April nie kira selesai la aku habis study, sepatutnya. harap2 berjaya la...insyaallahhh klu kuat semangat. 


sebenarnya aku dh demotivated n rasa mcm nak extend 1 lagi semester. klu aku extend. mmg aku cipta history la sbb klu diikot kan masa aku stadi dr diploma n degree, x penah lagi aku kena xtend...mmg lepas jer la. mayb sebab tue, aku bersenang lenang and Allah nak bagi ujian kat aku.


23rd Feb
kitaorang bebudak final year ada preview thesis. penentuan bagi yang boleh viva atau pon xtend. masa hari preview tue mmg aku dah tak sedap hati...instinct tu kuat la kata aku kn xtend. sampai turn aku, (kita orang sume kena keluar dari studio, jadi ada lebih kurang 10 orang lecturer yang akan evaluate tahap progress kita masa tu) Dr Bahar panggil nama aku..."Nurin, u TPM ke?" aku pon ngah tak confident langsung..."ya, saya..." dia trus masuk balik studio...waaa, rasa macam nak nangis time tue...mmg aku dh agak dah. trus aku lari pegi studio satu lagi, cari Anith tok cite hal baru tadi. dia pon cb la cool kan aku. tapi mmg tak bole la. haighhh...


pastu petang kita orang sume kena berkumpul sbb dia nak panggil nama sapa yang lepas n tak. waahhh, mmg rasa macam akademi fantasia. ada elimination night. jantung aku dah dup dap dup dap dah. takut betul mcm nak menempuh maut jer rasa. so, KP pon panggil la nama sorang2 yg lepas. dussshhh aku sudah agak la. nama aku tak kena panggil. dh setel tue, yang lepas bole balik kat studio. yang x lepas kn tinggal n kena basuh...dh kena basuh kena plak tinggal lagi sbb sapa yg TPM kn tinggal lagi...ada 6 orang time tu. kena basuh round ke 3, face to face. mmg sakit hati pon ada sebab diorg kuarkan statement2 pedas yang memang smpi bila2 tak leh lupa la...


balik rumah...tekanan lagi. haduhhh mmg not the best & happiest day of my life la time tu.
lebih2 cerita tak mo di cerita in detail la...benda dh lepas. smpn dlm cukup kan. huh! so skng korang tau kenapa lama tak berblog? this is one of the reasons...

p/s : moral of the story, sentiasa la bersedia bila lecturer kata nak wat preview n they act like its not important at all. i prepared badly...dgn printer rosak (smpi rumah malam tue trus g repair), financial merudum (patut la masa blajar dl2 papa slalu kata...jgn pikir pasal macam mana nak beli benda tue, blajar jer...tau la papa nanti...yer, tq papa. now i know...)mmg sgt2 mengganggu jiwa. klu ikot kan, mmg mengeluh panjang je laaa...

come back...

BERKURUN LAMANYA...
WHY??

mana nak mula. ok, kita mulakan dgn assalamualaikum sume kpd yang masih setia blog walking ke cni wlupon tau, sbnrnye reader kat cni tak ramai mana pon. gud morning to those yang masih tak tido lagi and yg di luar drpd m'sia...yes, u bee.

bismillahirrahmanirrahim...

lama kan...
tue la, keje aku jd silent reader tok blog sendiri...nak tinggal kan jejak kat blog orang pon x smpt sbb punyer la malas nak log in...yang aku dok buat klik2 kat add nuffnang orang...bila chck diri sendiri nyer akaun...mak aihhh terkejut, rm2++ jer hahaha...klakar btul!

tue la, byk cerita...tp sbb kan MASA dan keje yg sangat2 la melambaks...tak dan jwb nyer. takper...cuba tok malam nie sblm start wat keje n before Ammar terjaga...pantang btul dia klu ammi x tido kat sebelah.

p/s : ni warm up jer dl...nex entry please...tq ;) 

Wednesday, February 16, 2011

the day we send u back...

owhh...lama sudah kan?? we miss u B. Ammar pon asyik teringat2 kat ko. Even bila mama ckp nanti nak pegi Dublin, dia mesti kata Ammar pegi dgn ammi, abah, kakak, adam, nyima, yayi, mama long, baba long...bla bla bla... Tapi cuba tanya dia, rindu tak aunty Baby...tak plak. Tp from the way he expressses his words, me n mama definitely agree that he does. Tue la daffo kata, klu ada rezki...kita pergi la tgk Baby...tp stkt 2-3 hari jer coz mahal. hahahaha... T_T' sedih kan ;P

so this is the day, a month ago bila kita orang antr ko kat KLIA. Aku tak pernah lagi naik plane dr KLIA, so jawap nyer kena kumpul duit la klu nak naik MAS kan... hehee...insyaallah, bila ada kemampuan. Bole aja kan...to those yang tak dpt join, this is it... 
p/s : daffo kata "ammar tak g skolah lagi, cikgu dia nyima kat umah jer jd bole la antr Baby" yer la, yg lain sume ada anak nk g skolah kan...hehee harus kn tido awal.

the gang dat never fails to support.

baru bangun tido n makan his fevret curly fries...tq tok long.

blame daffo sbb gambar jauh...hehe kena tutor daffo nie nak amik gmbr.

well sumhow, i loike ur style...tunggu aa nanti aku berduit lebih kakaa

nenek kita nie akan ke Dublin nanti, amboi uwan...kalah i...

the M&M that cost like 7x exegerate than in 7e.





acu yaya n ammar...(papa suke kata kat ammar, ni acu adam...mayb sbb tu dia kureng dgn ko kot)

the next Hero Malaya...kakaka
bila recall balik, cepat btul masa berlalu masa ko balik kl kan. tak sempat nak bawak ko g umah aku...hmmm, make sure nanti ko balik for gud mesti singgah tau! n klu aku tau duit aku dah masuk time 2 bulan duit ada dlm bank, aku bole x sedar...cittt tue ley g shopping ngan ko n Tee. X per, next time ada. ok la Bee, till then. TC yer...

Tuesday, February 15, 2011

menyelam sambil minum air...mariiii!

COP! rest 10 min...all the reading stakat sket2 jer pon buat pening...mau muntah! overloaded! ;)

mari kita cuci mata dengan kerenah ammar n adam lately...seminggu berturut2 mandi pool nie. last2 tah kucing yang mana cakar...sudah bocor la. kena beli yang baru jawap nyer.huhuu...
 






tadaaa~ yup...been veri3x the busy lately...tinggal 40 days more till dateline yang Dr Azhar, my supervisor bagi tok siap kan thesis...mampu ker? hmmm, still mcm in denial but at the same bagi semangat n motivation kepada diri sendiri. nak tak nak, daya atau tidak...jawapan nyer pasti dan wajib kena siap kan. sebab kalau bole takmo la simpan lama2 kan, in need to be free. hopefully, dengan izin-Nya. amin~

Friday, February 4, 2011

beep...beeeppp...

yuhooo...anybody here??
aiyooo, sangat takde time untuk mengupdate apa2 cerita buat sementara waktu.
but don worri, i'll be back...hopefully soon~

to those yang datang menyinggah, terima kasih...sila datang lagi.
peace to all n happy chinese new year & happy holidays to all!

Saturday, January 22, 2011

statement kering Ammar #2 & #3

Ammar ikot yayi masuk kan kereta. bila kat depan pintu ada la dengar conversation antara dorang berdua...here goes...

Ammar : yayi, yayi besar ke?
Yayi : yer la, mesti la yayi besar.
Ammar : yayi besar kan?
Yayi: mesti la, sebab yayi dah tua...
Ammar : oooo yayi dah tua...
Yayi : dik, ada2 jer anak ko ni...

p/s : Ammar suke klu tanya tue guna "ke" and "kan"...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

satu hari masa nak pegi post office. Ammar, Adam, Echa & Nyima mesti kena join sekali. time nak pegi, Adam n Echa dah ready masuk kereta...Ammar plak tengah pakai kasut dengan Ammi. before kluar tue macam perasan ammar ada kata dia nak "o-ok"...


Ammi : ammar, abang ada o-ok x?
Ammar : takder...
Ammi : btul nie? tadi Ammar kt ammar nak o-ok...
Ammar : btul...Ammar o-ok ker Ammi?
Ammi : eh, mana la ammi tau...ammar o-ok ke x? kita nak g post office ni. (sambil tue tgk dalam diaper dia) haa..ada la, ni ha. ammar o-ok la...pastu tanya ammi plak o-ok ke x? apa laaa...Jom kita g cebok dulu...
Nyima : o-ok ker dia?
Ammi : o-ok.
Nyima : g la dulu cebok...kang busuk dalam kereta.
Ammar : kita g dulu, pastu baru cebok.
Ammi : haa, takde. cebok dulu baru pegi...jom!

ammar pon mengalah. adam n echa, terpaksa la tunggu...hihiii...

baby AMMAR dh besau daaa...


camera x bwk, terpaksa pki webcam. 1st few attempts nie. ok gak.

harini kita orang g s.alam. tengok2 rumah plus ada keje yang kena developer setelkan. tapi tadi lepas kita orang balik makan, ismail n member sudah tidak kelihatan lagi...pegi makan ker? or dah setel for today...heran... tapi satu keje dia dah setel kan. tinggal satu lagi jer. hopefully by today setel la.

so, tadi kami 3 beranak lunch kat Pizza sek. 7...dekat sangat. memang bole licin poket la klu btul2 duduk kat s.alam nie. sume nyer dekat, hmmm. tapi tue la since dapur takder lagi, harus la beli jer kat luar kan. nanti dah ada dapur, fridge, washing machine sume baru la bole pindah secara tetap. klu tak mmg rugi la nak melantak kat luar jer kan? habis makan kami ke butik tudung Ariani plak. dapat la satu tudung syria en suami belanja. (kata dia, beli la satu tuk u, klu tak bising jer x dpt beli tudung baru...plak tue ada sale, tp klu member lagi best la diskaun nyer). klu nak tau, kat sek 7 ni bukan Ariani jer, Fareeda, Hajra n macam2 lagi. mmg macam dok kat "Shopping Village", sume ada...tak yah risau. kalau plan nak habis kan 1k sehari pon pasti berjaya punyer. bahaya kan??
so, nie saja jer nak update pasal aktiviti hari ni. n nak kongsi la yang my baby Ammar dah besar ok. tgk gambar kat atas tue. dia dah bole tido sendiri tanpa perlu nenen di sisi. pas cebok sebab memburas kat Ariani, balik...mandi kan, tukar baju. bagi susu n trus tido. hmmm, seronok tgk ammar...sambil dia tido, ammi amik kesempatan la update blog. en suami mana? tido jugak...sedap jer dorng ber2 ni.

p/s : tadi pon en suami kata. kita dah bole bawak Ammar pegi hotel dah, dia dah bole behave kat restaurant. bagus la cemtue kan, Ammi Ammar ok jer...kikii...bole makan macam2 lagi klu kat hotel.

Monday, January 17, 2011

IKEA & Vivo, the Curve

haha...ketawa dulu sebab cerita yang bakal disiarkan sebenarnya sudah basi. tapi for the sake of compiling every thing for future reference, harus la buat aja.

so, tak nak cerita panjang...just a few points to recap and to baby, as u reach Dublin...this is somting for u...ada la u in hikayat milkshake wonders. alkisah, kitaorang beramai2 memeriahkan IKEA di suatu noon, 29-12-2010. mencari cabinet dapur sebab tak puas hati dengan price and predicted out come yang pasti tak cantik. menjalar la kami mencari dengan 3 budak notti yang susah nak handle klu beramai2. dapat! puas hati! affordable! tue conclusion nyer. so, setel ngan segala pertanyaan...the rest of the gang sampai. by the way, give credits to maksu sbb bagi Ammar sumting2...nanti dah pakai dik tgkp gambar keh. tq so much ya!

mula2 nak mkn kat IKEA je, tp sbb ramai la manusia...beralih ke Vivo. so here are the pics. kat fb pon ada, tapi x leh cite byk...cni lagi best!















p/s : ammar dah bole bawak g makan luar. bertertib jugak dia keke...dh besar daaaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails