Dates 2 remember...

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers

Friday, March 18, 2011

baru sebut dah jadi...

Bak kata, kita hanya merancang. Allah yang menentukan segala nya. Semalam baru kata bilik ni akan tidy bila Ammar demam. Mulut masin btul! choiiii! Ammar demam start pagi semalam. Masa tengah hari dh makin panas, aktiviti dia pon cuma baring2 and tido. Tue yang dia dapat tido time pukul 2. slalu nye jangan harap la kan. 2-3 hari sebelum tue Ammar ada gak mcm buat bunyi "...ehemmm". Kita orang pon tanya jugak, sakit tekak ker? dia kata OK. Ammar sume nyer ok jer. 
Jadi nye malam semalam, pukul 9 baru la pegi klinik sbb tunggu abah dia balik keje. Sepatutnya ada kelas semalam, tapi menengokkan Ammar terlentok tak sampai hati pulak nak tinggal kan dia. kejam la kan klu penting diri kan? so pegi klinik kat Ampang. Check : 39, tinggi tue doktor kata. trus dia tanya nak tak ubat sumbat bontot. aku pon ok kan jer, nak buat sendiri tak pandai. orang kata klu ubat bontot cepat sket. Ammar lak nak makan ubat punye la susah. alang2 kan...oleh itu, pesan dr :
  • jangan makan oily food, nanti lagi gatal tekak. no nuggets n all. nmpk nyer Ammi kena masak spesel la tok ammar. bubur n sup ABC jer la...
  • susu buat cair sedikit...baeklahh
  • mandi air suam or better, lap2 jer. so ammar, no bubble bath at the moment la yer
  • ubat start as soon as possible. tp Ammar susah makan ubat cemna?
dh dekat smpi umah, baru la kebah sket. syukur...tapi malam2 tido dia terjaga2 jugak. bila dia batuk jer, dia nangis. dia tak suke bila batuk kuat2 tue, mcm la kita orang marah kat dia ker...ammar ammar...tok calm kan dia mesti kena dokong n dodoi kan dia. dh la aku ni mengantuk tersengguk2, macam nak melayang jer bila dodoikan dia. nak letak cepat2 tak bagi plak...yang tak larat tue, dia mintak nak roti bakar cheese pukul 4 pagi. haiyaaa, anak punyer pasal buat jugak. tapi pastu dia takmo makan, dipaksa nya ammi dia makan. Makan jer la. pastu mata aku ni dh terlelap2...dia dok steady jer. tau2 terjaga, dia dh terlentok sebelah aku. kecian btul tgk...
sebenarnya ada plan ujung minggu nie tok dia. 
  1. nak bawak pegi jap tok 2 thn 1/2 kat pusrawi. dh demam nie...cancel la.
  2. nak pegi tengok hot air balloon kat putrajaya. dah lama Ammar tunggu ni. masih ada harapan ni. wlupon dr kata dia mayb akan demam dlm 3 hari.
tapi tue la, tgk macam mana. harap2 ammar cepat sembuh. nak tunggu lagi carnival nie tah bila. dari hari tue lagi dia mintak nak tgk. tp takot bawak klu tak sihat dengan cuaca nanti panas lak kan? pening2...tapi dh lama janji ngan dia ni.

budak nakal Ammi...kuat2 ammar...
p/s : count down tok diri sendiri...20 more days till final preview! wlupon cabaran datang berduyun2...aku redha n terima semua ketentuan illahi, semoga diri ini kuat menghadapi semua cabaran dan dugaan...amin~

3 comments:

ROZANA said...

cian ammar... cepat sembuh erk...
dik gud luck

elani makrai said...

nana: tq nana for the support! huhuu yer, semoga berjaya... ;)

elani makrai said...

bee, ko ada comment kat intense debate kan? i got the email. but somehow it doesnt appear here...apa silap tak tau.

thanks for the hugs n kisses. syukur ammar dh ok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails